Header AD

Dunia Hijab dan Ballet - Adakah Dua Dunia Berbeza?


Hijabsta Ballet mengisahkan tentang perjalanan seorang remaja perempuan bernama Adele lakonan Puteh Maimon Zahrah yang telah dilatih oleh ibunya (Betty Banafe) untuk menjadi seorang ballerina sejak dari kecil.
Disebabkan ibunya dahulu seorang penari ballet yang gagal ke peringkat yang lebih tinggi, kini dia mahu anaknya itu menyambung impiannya. Ibunya yang sangat mementingkan disiplin dan usaha dan mengharapkan Adele menjadi ballerina terkenal dunia. Adele juga sangat rapat dengan neneknya yang sentiasa memberi nasihat dalam agama dan spritual. Namun segalanya berubah apabila peristiwa menyanyat hati berlaku ke atas kawan baiknya Batrisya, membuat Adele mulai idak tenteram dan mula membua keputusan berhijab tanpa memberitahu ibunya, Farah.




Adelle cuba menyatukan dunia hijab dan ballet. Dia hilang kawan yang menentangkan pendiriannya untuk berhijab, hilang kawan karibnya yang pergi selama-lamanya namun begitu neneknya sentiasa memberi semangat dan nasihat tentang agama. Dunia ballet menentangnya dan menolak keputusannya dan ekstrimis mengancam dan mencederakannya. Disini Adele menghadapi ujian keimanan yang besar yang terpaksa dia laluinya dalam usia muda terutama ibunya Farah dan juga orang-orang disekelilingya tanpa mendapat bimbingan daripada sesiapa kecuali neneknya dan Adele terpaksa menghadapinya seorang diri dan tidak berusaha kearah menjadi seorang penari ballet berhijab.

Kami sangat bangga dapat melihat filem ini kerana banyak memberi keinsafan dan pengajaran di mana menyedarkan kita bahawa walaupun kita berhijab, apa saja cita-cita dan impian kita tidak menjadi penghalangnya, yang penting keteguhan keimanan dan pegangan agama tetap teguh walaupun banyak rintangan dan halangan yang terpaksa kita hadapi. Di sinilah kekuatan jalan cerita dan plot Filem Hijabsta Ballet yang sangat menarik dan saya selaku Seri Wangi ingin beri 5 Bintang. JOM KITA TONTON HIJABSTABALLET YANG MULAI DITAYANGKAN MULAI 03 OGOS 17.


PELAKON-PELAKON HIJABSTABALLET

ADELE - PUTEH MAIMUN ZAHRAH
DIANA (IBU) - BETTY BANAFE
SHAKIRI - AMAN GRASEKA 
MAIMUN (NENEK) - AIDA KHALIDA
DENI (RAKAN ADELE) - DANNY SYAZ
BATRISYA (RAKAN WANITA ADELE) - AFEERAH ABD RAHMAN
ZUBIR (VIGILANTE) - ALIFF AZEMAN
FARAH (GURU BALLET) - RACHEL TABITHANYA
HANA - KEENA MENTOR
USTAZ HAFSHAM - KAPT (B) MOHD NOOR BON

PENGGAMBARAN :  KUALA LUMPUR, TANJUNG KARANG DAN PERTH, AUSTRALIA

PENGARAH - SYED ZUL TOJO 
PENERBIT - SYED ZULKIFLI BIN SYED MASIR (SYED ZUL TOJO)
PENGARAH FOTOGRAFI - MOHD FILUS GHAZALI
PENULIS - MOHD KHALIL SALEH, HAJI THORPE ALI, ZYLAN MOHD NOOR, REBECCA INNES DAN SYED ZUL TOJO
SYARIKAT PENERBITAN - EXPLOSIVE MAGIC SDN BHD (EMAGIC)


SEPANJANG MAJLIS PELANCARAN FILEM HIJABSTABALLET DI eCURVE MUTIARA DMANSARA, PJ 


Untuk maklumat lanjut layari social media  d bawah:

F/Book :  HijabstaBallet


Blogger Propa Rangers:  Seri Wangi
Dunia Hijab dan Ballet - Adakah Dua Dunia Berbeza? Dunia Hijab dan Ballet - Adakah Dua Dunia Berbeza? Reviewed by myfancyblog on Sunday, August 06, 2017 Rating: 5

No comments

Post AD