Header AD

Lebih Teruja! Filem Seram The Tag Along 2 Agak Mendebarkan

Sebuah filem bergenre seram yang akan menemui penonton di pawagam pada 31 Ogos 2017 diberi judul "The Tag Along 2". Filem ini diarahkan oleh Cheng Wei-Hao. Dilakonkan oleh Rainie Yang, Tiffany Hsu, Francesca Kao dan Lung Shao Hua. 


Filem ini berkisar seorang ibu bernama Shu Fen yang terkejut dengan kehilangan anak gadisnya, Ya Ting secara mendadak setelah berlaku sedikit pertengkaran antara mereka gara-gara kehamilan yang tidak dirancang oleh Ya Ting. Mei Hua adalah sebuah agensi media yang percaya bahawa Ya Ting dibawa lari ke gunung oleh roh jahat. Shu Fen mengatur sebuah perancangan untuk pencarian anaknya. Lee Jun Kai merupakan seorang pencari yang digelar "Master Tiger" dan telah menemukan seorang gadis (Yi Jun) di sebuah hospital lama yang ditinggalkan di kawasan pergunungan tersebut.


Mereka percaya bahawa Yi Jun ada kaitan dengan kehilangan Ya TingYi Jun kemudiannya dibiarkan tinggal bersama Shu Fen hanya kerana mereka berdua telah mengalami satu kejadian aneh yang semuanya boleh dikesan kembali oleh sebuah mitos seorang gadis kecil bergaun merah. Mereka semua akhirnya memutuskan untuk kembali ke pergunungan bagi pencarian Ya Ting sekali lagi, tetapi mereka hanya menemukan sesuatu yang lain.


"The Tag Along 2" dibintangi oleh Rainie Yang, Tiffany Hsu, Francesca Kao dan Lung Shao Hua. Filem ini berbahasa Mandarin dan mempunyai sarikata Bahasa Melayu. Filem seram yang dikatakan kisah benar dari paranormal yang berlaku. 

Jom ramai-ramai tonton tayangan filem ini secara ekslusif pada 31 Ogos 2017 di seluruh pawagam berdekatan anda. 



Lebih Teruja! Filem Seram The Tag Along 2 Agak Mendebarkan Lebih Teruja! Filem Seram The Tag Along 2 Agak Mendebarkan Reviewed by Illya LeYa on Tuesday, August 29, 2017 Rating: 5

2 comments

  1. Nak pergi tengok tapi membe tak boleh tengok cerita hantu plak nanti semput.. - akubahrain.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uikk... Biar betul... Takpa..suruh dia standby bawak inhaler dia.. semput je nanti sedut gas oksigen tu..

      Delete

Post AD