Header AD

Filem Malay Regiment | Wajib Tonton!!

Filem Malay Regiment arahan Dato' Jurey Latiff Rosli mengupas wasiat yang ketiga dalam 7 wasiat Raja-Raja Melayu yang wajib diketahui seluruh rakyat untuk dipertahankan oleh orang-orang Melayu. Simbolik perjuangan  dan falsafah perjuangan Askar Melayu diangkat sebagai salah satu wasiat. Semangat Askar Melayu dalam perjuangan demi agama bangsa dan tanahair adalah satu contoh terbaik membina bangsa Malaysia. Sesuatu tersirat yang ingin disampaikan bahawa orang Melayu sanggup mati berjuang walaupun kemakmuran keamanan dan kemewahan juga akan dirasai oleh bangsa-bangsa lain. Inilah semangat Melayu sebenar-benarnya yang mahu ditonjolkan menjadi contoh dalam memastikan keharmonian dan keamanan terjamin untuk semua rakyat hidup bersama-sama. Maka dengan itu bangsa-bangsa lain seharusnya menghormati pengorbanan dan perjuangan ini seterusnya menerima bangsa Melayu adalah tuan kepada bumi Malaysia. 3 pertempuran dipaparkan  dalam Malay Regiment yang memperlihatkan bahawa anggota tentera dari Regimen Askar Melayu Diraja sanggup mati demi Negara tercinta. Mereka tidak gentar walau nyawa jadi galang gantinya. Semangat Melayu inilah yang mahu ditonjolkan bagi menyatupadukan orang-orang Melayu. 
 
Keberanian Kapten Zainal, Lt Hamid dan Lt Muda Abdul Razak dan seorang lagi wira yang tidak didendang yang sungguh bersemangat disamping kecintaan yang tinggi kepada agama bangsa dan tanahair dipaparkan dalam mesej tersurat dan tersirat dalam Malay Regiment. Malay Regiment memaparkan semangat Askar Melayu yang bersumpah taat setia kepada Raja-Raja Melayu sanggup berkorban demi agama bangsa dan tanahair.
 
Antara babak-babak yang menarik minat dan perhatian PROPA RANGERS adalah:
menyelamatkan penduduk awam daripada kekejaman komunis 
pergerakan di dalam air
situasi isteri para pejuang malay regiment berhadapan dengan sebarang perkhabaran buruk


kata-kata semangat dan motivasi menggempur


pesanan si ayah buat anaknya tentang kematian dan perjuangan


mara ke hadapan walau nyawa jadi taruhan


menghadapi musuh

Sekitar Majlis Tayangan Perdana "Malay Regiment" bersama Propa Rangers

PROPA RANGERS MENYOKONG SEPENUHNYA 
FILEM 'MALAY REGIMENT' AGAR ANAK-ANAK MUDA MENGHAYATI NILAI PENGORBANAN SETIAP PERAJURIT YANG BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARA.
 
SALAM MERDEKA, SALAM 1BANGSA & SALAM PERJUANGAN DARI PROPA RANGERS
Filem Malay Regiment | Wajib Tonton!! Filem Malay Regiment | Wajib Tonton!! Reviewed by ALONG MURNI on Tuesday, September 05, 2017 Rating: 5

No comments

Post AD