Pusat Tahfiz Terbakar, 24 orang terkorban

KUALA LUMPUR | Sana-sini hangat sedang memperkatakan isu Tahfiz Terbakar yang berlaku seawall pagi tadi di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung. 22 orang pelajar dan 2 tenaga pengajar dilaporkan telah terkorban dalam nahas kebakaran itu.
 
 
Sedihnya bila Admin mendapat khabar berita ini hingga menitis air mata tatkala menulis rencana ini. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.
 
Bomba juga berkata, 20 mangsa dilaporkan cedera manakala tiga kritikal. Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
 
Sehingga kini, difahamkan, kesemua mayat masih di lokasi kejadian.
 
Polis menutup laluan di Jalan Keramat Ujung yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang susulan dari kejadian ini.
 
 
Menurut para pelajar yang selamat dari kebakaran, mereka yang dah tak sempat nak lari dan terperangkap, dah tak tahu nak buat apa, mereka mengambil Al-Quran dan baca sampai meninggal dunia. AllahuAkbar!
 
Tenanglah wahai para pelajar tahfiz yang penghafaz Al-Quran dan mereka-mereka yang belajar Al-Quran disisi Tuhanmu. Benarlah janji Allah pada mereka yang di waktu hidupnya sentiasa menjadikan Al-Quran bertakhta di hati maka Allah akan mematikan mereka itu disisi KalamNya. Seperti mana Saidina Uthman R.A. yang wafat sewaktu sedang membaca Al-Quran dan Al-Quran masih berada di tangannya. Syurga Allah menantimu wahai Ahlul Hafiz. Al-Fatihah.
 
**Admin memohon agar hentikan juga penghantaran gambar-gambar mangsa kejadian kerana boleh membuatkan ahli keluarga mangsa sedih melihat kejadian itu dan tak baik aibkan insan yang telah tiada.
 
Sumber | Berita Harian
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Post a Comment