Header AD

RAIKAN KEMERDEKAAN BERSAMA BURGER NEGARAKU

 
Cabin Steak House, Kepong
 
Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60 dan Sukan Sea KL 2017, Cabin Steak House bersama Propa Rangers dengan penuh semangat meraikan hari bersejarah ini dengan menyaksikan Live Final Bola Sepak antara Malaysia dan Thailand. Kami, Propa Rangers telah dijemput oleh Encik Mohd Quzaireel bin Ismail, selaku pemilik  Cabin Steak House  untuk  bersama meraikan erti kemerdekaan yang kita capai hingga ke hari ini.  
 
Pemilik Cabin Steak House, Encik Mohd Quzaireel bin Ismail
 
Semangat patrotik yang ada dalam diri Encik Quzaireel diabadikan pada burger istimewanya iaitu BURGER NEGARAKU sempena bulan kemerdekaan demi menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam dirinya serta anak-anaknya. Warna roti BURGER NEGARAKU yang diinspirasikan dari warna Jalur Gemilang iaitu Merah, Putih, Biru dan Kuning, roti ini sangat lembut, enak dan unik. Ianya ditempah khas demi menyambut bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia dan hanya dijual 2 bulan dalam setahun iaitu Bulan Ogos dan September

Burger Negaraku, Burger Viral Cipta Semangat Kemerdekaan Dalam Diri

Semangat sayangkan negara itu dipupuk oleh Encik Quzaireel kepada keluarga dan 3 orang anak-anaknya (2 orang perempuan dan seorang lelaki) dengan menghasilkan burger viral iaitu BURGER NEGARAKU yang dijual hanya 2 bulan dalam setahun dan cuma dijual di Cabin Steak House yang telah beroperasi selama 1 tahun. Sebelum itu, beliau telah membuka sebuah gerai Selera Seri Delima dalam tahun 2012 selama 4 tahun dan menukarkannya kepada Cabin Steak House dari tahun 2016 hingga sekarang demi mengikut peredaran semasa kini. Mula beroperasi dari pukul 12 tengah hari hingga 11 malam dan cuti hari Ahad.

 
MENU DI CABIN STEAK HOUSE

Minuman Sejuk dan Panas


Pelbagai Jenis Nasi Ayam
Pelbagai Jenis Burger
Kami Propa Ranges mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Mohd Quzaireel bin Ismail kerana sudi menjemput kami merasai kelazatan burger viral masa kini iaitu BURGER NEGARAKU dan juga menu-menu lain yang dijual di Restoran Cabin Steak House.
 
Propa Rangers Raikan Kemerdekaan di Cabin Steak House

Keterangan Selanjutnya:
CABIN STEAK HOUSE, 
Lot 426, No. 01-A Jalan Jambu, Kepong,
52000 Kuala Lumpur.
(belakang Crystal Crown Hotel)
Facebook:  Cabin Steak HouseKL
Waktu Operasi :
12.00 tengahari - 11.00 malam setiap hari
kecuali hari Ahad CUTI
Contact :
019 - 3202039 (whatsapp)
Propa Ranger - Seri Wangi
RAIKAN KEMERDEKAAN BERSAMA BURGER NEGARAKU RAIKAN KEMERDEKAAN BERSAMA BURGER NEGARAKU Reviewed by myfancyblog on Tuesday, September 05, 2017 Rating: 5

No comments

Post AD